3 Idea Perniagaan / Bisnes Menarik

 

3 Idea Perniagaan yang Boleh Anda Cuba !



1) Bisnes Mudah / Segera

Apa yang dimaksudkan bisnes mudah / segera? Macam-macam boleh kita taksirkan tapi itu semua bergantung kepada situasi individu itu sendiri. Secara umum saya boleh kategorikan bisnes ini adalah bisnes yang boleh dimulakan dengan pantas tampa memerlukan banyak perkara yang perlu disediakan sebelum memulakan sesuatu perniagaan. 

Bisnes mudah selalunya tidak memerlukan modal, tidak perlu pekerja, tidak perlu tapak kedai malah tidak perlu agen pun! Cukup dengan apa yang ada disekeliling anda...mudahkan. Pendek kata buka mata je, terus boleh niaga. Biasanya apa yang ada di sekeliling kita yang ada nilai yang boleh kita jual. 

Mungkin anda tidak perlukannya lagi tetapi di luar sana ramai lagi mencari apa yang kita ada. Contoh perniagaan yang termasuk dalam kategori ini termasuk jual barang-barang yang kita tidak perlukan lagi tapi mempunyai nilai yang tersendiri atau dikenali sebagai barang-barang preloved. Terdapat platform yang anda boleh jual barang-barang preloved seperti di mudah.my (https://www.mudah.my/.) atau carousell (Carousell Malaysia - Online Marketplace to Buy and Sell Items for Free Anywhere in Malaysia). 

 

2) Perniagaan kecil-kecilan

Kategori perniagaan ini adalah yang bisnes modalnya kecil untuk memulakan perniagaan anda. Biasanya cukup dengan meja untuk letak barang jualan dan tidakcperlu kerusi pun. Contoh perniagaan ini adalah seperti menjual nasi lemak, nasi belauk, nasi kerabu, kuih-muih serta menjual burger. Manakala, tempat jualannya biasanya dibuat di tepi-tepi jalan laluan utama. 

Jualan sebegini biasanya cepat laku kerana ia selalunya barang yang banyak dicari orang. Perlu diingat jualan sebegini memerlukan lesen dari majlis tempatan di tempat anda menjual. Bisnes seperti ini memerlukan sedikit kemahiran dan barang jualan mestilah yang sudah popular di tempat anda dan ramai orang suka.

 

3) Bisnes Online, Bisnes Dari rumah Tampa Modal

Bisnes jenis ini adalah yang paling popular sekarang. Ini kerana ia selari dengan perkembangan teknologi yang canggih pada masa kini. Hanya menggunakan peranti seperti komputer riba/handphone/laptop dan talian internet, anda sudah boleh memulakan perniagaan sendiri. Kelebihannya anda boleh dibuat bisnes ini di mana-mana sahaja asalkan ia dapat mengakses internet. 

Hanya dengan hujung jari sahaja anda boleh menjual barangan anda ke seluruh dunia! Jenis bisnes ini memerlukan kemahiran, daya kreativiti dan minat yang tinggi kerana ia memerlukan kesabaran dan kesungguhan untuk menarik minat orang luar untuk membeli barangan anda. Sekiranya anda peka dengan perkembangan teknologi dan membuat dengan cara dan kaedah yang betul, bisnes ini amatlah enjoy dan tidak memenatkan. Anda mestilah selalu mencari ilmu agar seiring dengan perkembangan teknologi yang selalu berubah. 

Kesimpulannya, setiap manusia ada kelebihan masing-masing. Kita tidak perlu mengikut membuta-tuli kejayaan orang lain tampa melihat potensi diri kita. Mungkin anda melihat orang lain berjaya dengan bisnesnya tetapi apabila anda cuba melakukan bisnes yang sama, ia berlaku sebaliknya. Ingat Nabi s.a.w pernah bersabda ...sekiranya anda ingin berjaya baik di dunia atau akhirat, anda perlukan ilmu. Ya, carilah ilmu sebelum anda memulakan bisnes anda.  

"Selamat Berjaya"

Bisnes lain yang anda boleh cuba!


 

 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.