Idea Perniagaan: Rahsia Ternak Kambing
RAHSIA KAMBING
Zaman sekarang ni, petani dan penternak
pun boleh jana pendapatan beribu-ribu ringgit daripada hasil tanaman dan
ternakan mereka sendiri.
Tak semua orang boleh jadi petani dan penternak, sebab kekangan ilmu dan
modal untuk memulakan.
Tapi dimana ada kemahuan, disitu ada jalan, betul tak?
Panduan Lengkap Ternak Kambing
Pasaran / Permintaan
Ya, permintaan terhadap daging kambing serta susu kambing sangat tinggi
dari semasa ke semasa sehinggakan negara kita terpaksa mengimport lebih 12,000
ekor kambing 2 tahun lepas dari negara luar terutamanya pada musim perayaan..
Dengan permintaan yang sangat tinggi dan meningkat pada setiap tahun
ini, membuatkan lebih ramai orang memilih untuk terjun ke bidang pertenakan
kambing..
Bayangkan jika anda mempunyai ladang ternakan kambing yang luas,
dipenuhi dengan kambing-kambing yang sihat dan 3G (gemuk, gebu, gempal).. Sudah
pastinya anda mampu menjana keuntungan yang lumayan daripada hasil projek
ternakan ini!
Kos Terlibat
Agaknya berapakah jumlah modal dan kos yang diperlukan untuk memulakan
projek ternakan kambing?
Tapi untuk memulakan projek ternakan kambing ini sangat memerlukan MODAL
yang mencukupi mengikut skala ataupun matlamat projek penternakan anda..
Jika anda melakukan secara suka-suka, anda boleh memulakan projek
ternakan ini secara kecil-kecilan sahaja dengan modal yang minimum..
TAPI jika anda benar-benar mahu jadikan projek ini sebagai satu kerjaya,
anda perlu keluarkan modal yang lebih besar untuk pastikan ianya berjalan
lancar..
Berikut antara 7 pecahan kos yang diperlukan untuk memulakan projek ternakan
kambing:
- Kos membeli atau menyewa tanah untuk
membangunkan ladang ternakan
- Kos membina kandang kambing (Kos minimum hanya
RM2000)
- Kos menanam rumput Napier di ladang sebagai
makanan kambing.
- Kos membeli makanan tambahan atau pallet untuk
ternakan kambing.
- Kos membeli baka kambing ternakan (harga
dari RM600 hingga RM1500 bergantung kepada jenis baka dan usia)
- Kos membeli ubat-ubatan seperti ubat luka
luaran, ubat luka berulat, antibiotik, ubat penyakit kutu, kurap dan
kecacingan
- Kos membayar pekerja, bil utiliti dan
lain-lain bil tambahan
Jika anda sudah ada tanah sendiri dan mahu memulakannya secara
kecil-kecilan, modal yang diperlukan adalah sekitar RM5000 hingga RM10,000
bergantung kepada keperluan projek ternakan kambing anda.
Maka jumlah minimum yang perlukan ialah sebanyak RM5000 (jika anda
melakukannya secara kecil-kecilan).. Anda boleh mulakannya dengan membela 2
ekor kambing (sepasang jantan dan betina) dulu untuk permulaan dengan modal
yang terhad..
Jika anda betul-betul serius untuk memulakan projek ternakan kambing
berskala besar dan memerlukan modal yang banyak, anda boleh cuba untuk memohon
pinjaman bank dengan syarat anda mempunyai perancangan yang jelas & kertas
kerja yang detail mengenai projek anda.
APA yang paling penting anda perlukan ILMU & LATIHAN tentang
ternakan kambing. InsyaAllah, anda pasti mampu berjaya dalam projek penternakan
kambing anda jika anda mempunyai ilmu serta pengalaman cara sebenar menguruskan
ternakan kambing..
Kalau anda nak belajar macam mana nak mulakan penternakan kambing, anda
boleh dapatkan ebook Rahsia Kambing (Panduan Memulakan PenternakanKambing).
Dalam ebook ni ada ilmu yang lengkap step-by-step cerita macam mana nak
mula projek penternakan kambing.
Dari mula mengenal spesis kambing, cara pilih baka, cara dapatkan
modal, cara bina kandang, cara upah pekerja, cara nak perah susu kambing, cara
nak rawat sakit kambing hinggalah kepada cara nak jual! Ok, 'Selamat Maju Jaya'
Klik di sini untuk ---> Panduan Lengkap Ternak Kambing
Klik di sini untuk Dapatkan ---> Rahsia Kambing
Bisnes lain yang anda boleh cuba!
- Rahsia Kambing
- Bisnes Burger
- Bisnes Food Delivery
- Bisnes Air Balang
- Bisnes Tudung
- Ternakan ikan Tilapia
Terimakasih
Leave a Comment