Idea Perniagaan: Rahsia Jual Tudung

 

Jom BisnesTudung

 



Rupanya ia tidaklah sesukar yang  saya sangkakan & sangat mudah diuruskan!

Ramai yang cakap nak betul-betul berjaya dalam bisnes tudung ini perlukan..

  • .. modal yang besar
  • .. follower yang ramai
  • .. jenama perlu terkenal seantero dunia!

 

Tapi hakikatnya ialah ramai je peniaga tudung "Kecil-kecilan" yang berjaya membuat untung besar dalam bisnes tudung mereka walaupun bermula tanpa modal besar & tak dikenali ramai..

Rahsianya ialah mereka..

  • #1 - Menjual tudung yang tepat pada orang yang betul (TARGET MARKET)
  • #2 - Menjual tudung di platform-platform yang ramai orang membeli (Seperti Shopee)
  • #3 - Membina hubungan & kepercayaan yang mantap dengan para pembeli (Customer Service)
  • #4 - Menjual tudung-tudung yang unik dengan kualiti "bangsawan" walaupun harga "marhaen"

Jika anda ada 4 perkara di atas, secara automatiknya bisnes anda akan mempunyai follower yang ramai seperti semut yang menghurung gula - Inilah yang akan gandakan keuntungan bisnes tudung anda!

 

 Klik di sini untuk tahu cara sebenar membina bisnes tudung sendiri dari kosong

 

Modal?

Hmm.. Habis tu macam mana pula dengan modal?

"Bolehkah kita mulakan bisnes tudung yang "lumayan" ini dengan modal yang minimum?"

Jawapannya, "Boleh jer.."

Jika anda ada modal yang sangat minimum, anda boleh join syarikat-syarikat tudung sedia ada sebagai agen atau dropship..

Jika anda ada modal lebih sikit, anda boleh memborong tudung-tudung daripada pembekal dan menjualnya terus kepada pengguna..

Jika anda ada modal yang banyak, anda boleh mula membina jenama dan style tudung anda sendiri dan membangunkan empayar bisnes tudung yang besar..

Bisnes Tudung ini sangat "FLEKSIBEL" - Anda boleh mulakannya mengikut modal di tangan..

Ditambah dengan strategi jualan yang benar-benar mantap dan berkesan, InsyaAllah, anda pasti mampu menjana keuntungan dengan bisnes tudung ini!

Anda juga mampu menjadi seperti mereka walaupun tanpa sebarang modal besar & 100% diuruskan dari rumah sahaja!

Bagi yang baru mula nak berjinak dengan bisnes tudung ni, saya sarankan agar tidak menggunakan modal yang besar.  Apa yang penting, anda tahu rahsianya. Salah satu rahsianya adalah anda perlu membina komuniti follower yang targeted dan setia dengan bisnes tudung anda..hmmm mudah kan😀

 Anda boleh mula menarik lebih ramai follower bisnes tudung anda jika anda melakukan 4 perkara di bawah.

4 Cara Untuk Menarik Ramai Followers:

  • #1 - Tahu siapakah target market bisnes tudung anda.
  • #2 - Jual tudung yang sesuai dengan permintaan & kesesuaian target market anda.
  • #3 - Jual hanya koleksi tudung yang benar-benar unik dan berkualiti!
  • #4 - Sentiasa rapatkan hubungan dengan para pengguna di media sosial dan tidak lokek berkongsi tips dan sebagainya.

Dan pastikan anda sentiasa sensitif dan mengambil peduli dengan apa sahaja yang berlaku di sekeliling anda - online mahupun offline..

Kerana follower anda akan mula memandang tinggi peribadi anda & mula mempercayai anda jika anda konsisten melakukannya!

 

 Klik di sini untuk tahu cara sebenar membina bisnes tudung sendiri dari kosong

 

Kos-Kos Terlibat

Kos inilah penentu kepada margin keuntungan sebenar yang bakal anda perolehi daripada bisnes tudung anda! 

Ramai orang sangka menjual tudung jenama sendiri ini semudah menjual produk fizikal lain seperti ini..

Jika kos tudung adalah RM20  

Harga jualan tudung anda adalah RM50

Maka jumlah keuntungan bersih jualan anda adalah RM30 (RM50-RM20)

TAPI ia sebenarnya salah dan tidaklah se"simple" itu jika anda berhasrat memulakan bisnes tudung jenama sendiri..

Sebenarnya ada satu lagi kos yang perlu dikira daripada jumlah keuntungan yang kita kira tadi iaitu KOS OPERASI..

Kos Operasi ini termasuklah kos minyak kenderaan, kos bil-bil telefon, bil-bil utiliti seperti air dan elektrik dan sebagainya.. Itu belum termasuk kos penghantaran produk, kos upah jahit, kos pekerja dan sebagainya..

Ouch, ianya agak memeningkan kepala..

Silap-silap daripada keuntungan yang kita kira tadi, kita hanya untung RM1.00 sahaja untuk setiap helai tudung yang dijual.. 

Hmm.. bagi sesetengah penjual, ianya agak kurang berbaloi dan hanya memenatkan!

 5 Tips Cara Mengatasi Masalah Kos:

  • #1 - Mencari "Super Supplier" yang menawarkan harga lebih berpatutan.
  • #2 - Memilih "tukang jahit upahan" yang efisyen dan berkualiti (jika anda outsource)
  • #3 - Menyertakan "tagging" tudung yang jimat seperti kain cotton atau reben.
  • #4 - Menempah servis packaging produk secara pukal.
  • #5 - Meletakkan harga yang tepat untuk sehelai tudung. (PENTING)

Dengan melakukan 5 tips di atas, anda pastinya boleh menjimatkan kos anda dan seterusnya meningkatkan kembali keuntungan jualan tudung anda!

 

Klik di sini untuk tahu cara sebenar membina bisnes tudung sendiri dari kosong

Klik di sini untuk tahu lebih lanjut cara memulakan bisnes tudung dengan modal minimum

 

Bisnes lain yang anda boleh cuba!

 

 

 Terima kasih

 

 

 

 

 

 


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.